Tips Penjagaan Kesihataan Payudara

Bulan Oktober ialah bulan untuk Breast Cancer Awareness, jadi saya mahu ambil peluang untuk bagi tips penjagaan kesihatan payudara kita. 


1. Dapatkan berat badan dan BMI yang ideal

Mengurangkan berat badan membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara. 

2. Bersenam

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, tiga puluh minit sehari. Sebenarnya, apapun senaman yang kamu lakukan, buatlah sewajarnya, mengikut ketahanan badan masing-masing. Pada zaman moden ini, banyak aplikasi yang boleh dimuat turun sebagai panduan senaman, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam. 

3. Menjaga pemakanan, dapatkan diet yang seimbang

Pemakanan juga menjadi faktor utama dalam aspek kesihatan payudara. Pengambilan makanan yang seimbang terutamanya makanan yang disediakan dirumah lebih baik daripada makan di luar terutamanya fast foods.
Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti brokoli, kale, karot, ubi manis dan sebagainya. Pengambilan antioksidan mampu membantu untuk menyokong kesihatan payudara, selain daripada itu diet yang seimbang juga boleh membantu, mengurangkan risiko penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan sebagainya. 

4. Pilih supplement yang baik

Walaupun kita mampu mendapatkan diet yang seimbang, namun, persekitaran kita menghadkan tubuh kita mendapatkan nutrisi yang lengkap. Sebaik-baiknya, kita juga menambah nutrisi melalui pengambilan supplement yang baik untuk menyokong kesihatan yang optimum. Pengambilan vitamin D dan asid lemak Omega 3 mampu menyokong kesihatan payudara. 

5. Katakan tidak kepada rokok dan limitkan pengambilan alkohol

Merokok bukan saja menjemput risiko masalah payudara, ianya juga mengundang banyak risiko kesihatan yang lain. Marilah kita katakan tidak kepada rokok dan kurangkan pengambilan alkohol, sebaik-baiknya tidak mengambil alkohol. 

6. Buat pemeriksaan

Buat pemeriksaan mammogram setahun sekali. Ianya bagus sekiranya kita dapat buat pemeriksaan sendiri dirumah, dan bila merasakan ada perubahan, segera ke doktor. 

Disertakan cara pemeriksaan sendiri.

Pemeriksaan Payudara

Pemeriksaan Payudara
Sumber daripada Info Sihat

Jom kita periksa payudara kita! 

Pengedar Shaklee Sabah
πŸ“² 013 811 0690 

Comments

Post a Comment

Popular Posts