Travel Dengan Budak Kecil

 
Saya menjadi ibu pada umur 23 tahun. First time mother lagi orang bilang ah. First time juga naik kapal bila sudah ada anak ni. Perasaan nervous pun ada, sebab banyak pikiran. Macam mana kalau si Lara nangis? Macam mana kalau dia mengamuk dalam kapal? Macam mana mahu handle kalau dia berak? Persoalan yang bertubi-tubi. Tapi bagus juga bah ada pengalaman naik kapal terbang dengan anak kecil, kalau bukan sekarang, bila lagi kan?

I am ready mom!

Since ini first time saya bawa Lara naik kapal terbal. Saya kongsikan pengalaman kami laki bini bawa anak. ❤️ Kami pergi pun bukan jauh pun, Cambodia saja, di Siem Reap, alaaaa yang ada Angkor Wat tu bah, tempat Lara Croft berlakon tu. Hehehe. Cun juga kan? Nama anak pun Lara ❤️

Flight kami jam 7.20pagi, jam 4 pagi sudah bangun untuk get ready, final check tengok barang barang Lara untuk bawa naik kapal. Time tu, Lara masih dibuai mimpi lagi ah. So dia tidak mandi, hanya tukar pampers dan seluar sahaja. Hihihi, sejuk bah, takkan mahu kasi mandi baby 9 bulan begitu subuh subuh, kasihan tau.

Before 6 am kami sudah ada di airport (alaaaaa 8 minit pun tidak sampai dari rumah ke airport). Hah, tu Lara, sampai jak aiprort terus bangun. Pinjam stroller cousin dia tu. Comel ❤️ Bagi kamu yang first timer macam kami ni bawa stroller, lipat sedia-sedia before masuk kapal, letak tepi, ada assistant akan bawa stroller tu masuk dalam cargo. Nanti keluar dari kapal pun akan dpat strokler depan pintu 😁

Pagi pagi tu sempat minum ESP Shaklee before ke airport, tidak lah rasa lapar betul kan? Hihihi. Sempat lagi terserempak dengan Jolias, captain Borneo Eco Tours. 
With my favourite captain, Jolias Juanting ❤️

Perjalanan kami ada lay over di Kuala Lumpur, 9.40am kami safely landed di KLIA2. Syukur, Lara baik baik sahaja dalam perut kapal terbang.

Tips bawa bayi naik kapal terbang?
1. Susukan anak semasa berlepas, supaya anak lebih bertenang.
2. Bagi anak main permainan yang dibawa.
3. Sebelum masuk kapal, pastikan lampin anak telah ditukar.
4. Pastikan bayi sudah diberi makan.

Itu tips saya, seriously bersyukur betul sebab dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan Cambodia, Lara tidak banyak songeh dan lebih banyak tidur.

Okay, sekian coretan saya. Banyak lagi yang saya mahu kongsi, mungkin next entry?


 



 

Comments

Popular Posts