Apply Chinese Visa Tanpa Agent
Biasanya, kalau buat chinese visa ni kan kita minta (bayar) agent bah kan?
Aduinah, bila saya tahu harga agent, mahal juga, itulah yang keluar dari mulut saya. Ada 2 minggu ++ lagi kami punya trip ke Guangzhou, tapi visa pun belum atur. Bah ni kali lah. Since tidak mahu bayar banyak, try lah konon search chinese embassy di Google. Pastu keluar "chinese consulate kota kinabalu", baca punya baca, boleh apply sendiri, tanpa agent, dan bayaran lagi murah tahu!
Diingatkan, kalau mahu apply chinese visa, baca dulu semua di dalam laman web Chinese Consulate Kota Kinabalu tu. Boleh check di sini --- http://kotakinabalu.chineseconsulate.org/eng/
Saya share ikut pengalaman saya apply visa dan pengalaman saya pagi tadi k. 😬
SEBELUM HANTAR APPLICATION FORM VISA YOU ALL PERLU HANTAR APPOINTMENT FORM.
Begini rupa Appointment Form for Applying Chinese Visa, boleh download sini ---
Appointment Form for Applying Visa. Walk in tidak akan dilayan.
|
PASTIKAN ISI APPOINTMENT FORM INI DENGAN PERKATAAN YANG DITAIP (TYPE).
SETELAH BUTIRAN DIISI, HANTAR MELALUI E-MEL (chinese.consulate.kk@gmail.com) / FAKS (088-385471)
Pastu, tunggu lah dorang reply. 😬 Dorang akan reply same day (saya hantar awal, sekitar jam 9.30 pagi -- office dorang beroperasi dari jam 9.30 pagi - 11.30 pagi). Saya hanya submit satu appointment form, tapi kan, kalau kamu submit 5 orang, maka 5 appointment forms juga perlu dihantar (saya baru tahu tadi waktu di office dorang, tapi syukur kena terima juga application saya sebab document lengkap ❤️❤️❤️)
OKAY, LEPAS DAPAT REPLY DARI OFFICE CHINESE CONSULATE, PASTIKAN SEMUA DOCUMENTS TELAH DISEDIAKAN, BAGI MENGELAKKAN APPLICATION KAMU TU KENA REJECT / KERJA 2-3 KALI.
DOCUMENT(S) YANG PERLU DISEDIAKAN:
- 2 keping gambar, berukuran passport, berlatarkan belakang yang cerah.
Comel kan kami? |
- Application form yang telah diisi (type) lengkap. Boleh download di sini.
- Flight itinerary (round trip flight details).
- Details / booking (bukti) tempat tinggal di tempat kamu kunjungi, macam kami first few days will be staying at Louidon Mega Apartment, pastu baru transfer to Marriot Hotel.
- 1 keping salinan passport (yang muka depan yang penuh butiran).
- Passport lama harus bawa sekali, pihak Chinese Consulate akan minta untuk kamu submit sekali, kalau tidak perlu mereka akan kembalikan.
- Bagi yang bawa anak, bawah 16 tahun, salinan kad pengenalan kedua ibu bapa diperlukan. Perlu tandatangan juga dalam salinan tersebut, paling penting, surat beranak anak jagaan tu. Paling paling penting, kedua ibu bapa anak itu perlu hadir. (Baru tahu ni tadi, nasib baik husband pun ada ikut sekali pergi Consulate office)
Borang lengkap, maka urusan pun sekejap saja. Lepas semua butiran tu kena semak, staff chinese consulate tu akan bagi slip untuk pengambilan; ambil masa 4 hari bekerja.
Add captionAh, begini rupa dia, so bila sampai hari pengambilan passport, tidak perlu ambil nombor giliran, terus saja pergi kaunter 3, pembayaran HANYA DALAM BENTUK CREDIT / DEBIT CARD, CASH TIDAK DITERIMA |
Nahhh, itu dia sharing saya. Fuhhh, pengalaman buat visa ni. Tidak susah sebenarnya, asalkan ko ada kesabaran menempuhi (menyediakan) semua butiran yang diperlukan. Heheheheh 😬 Nanti 16 Disember saya update lagi.
Cheers!!!
Comments
Post a Comment