Pengalaman Check Kepadatan Tulang

Aktiviti Hari Malaysia di Shaklee

Sempena Hari Malaysia bulan September yang lalu, Shaklee mengadakan aktiviti pemeriksaan tulang secara percuma. Siapa tidak suka percuma kan? Saya ni pun, ambillah peluang yang ada, lagipun kalau buat di luar, dengar-dengar harga pun boleh tahan. 

Saya ni pun kempenlah ahli keluarga terdekat, mama, mentua dan rakan-rakan. Kami book appointment dalam jam 11.30 pagi di Shaklee. Meriah! Sebelum pijak branch, mesti check in kedai wajib, Fook Yuen.

maglynna-andrew-yong
Dengan mama dan mentua dan tidak ketinggalan anak-anak check in di kedai wajib sebelum pijak Shaklee Branch. 

Geng makan. 


So beginilah kejadian di branch Shaklee Kota Kinabalu hari tu.

Mesin check tulang. Kaki kiri letak begini, bawah bahagian tumit tu ada bola bola lembut, ala ala ultrasound, bezanya ultrasound kaki. Bila masa kena check tu, ada feeling (sensation) nya sendiri. Susah lah mahu describe. Hehehe. 

Mama pun check juga. Dia lah juara sebab normal antara kami semua yang datang bersama. 

Dia lah yang check, lupa pula namanya. Time ni kami kena consult oleh Tracy, nutritionist Shaklee. Mama cakap, dia baby sit dorang Lara and Lea. Hehehehe. 

Sideline Shaklee. 

Sebahagian di luar. 

Beliau ku. 

Tinggi bah Erica ❤️


Pendekkan cerita, lepas buat check up tu, dapatlah result. Dan saya yang berusia 26 tahun ni ada Osteoporosis, manakala mama yang berusia 46 tahun tulangnya normal.

ostematrix-shaklee
Inilah result lepas tulang kena periksa. Sebelah kiri result saya, kanan result mama. OMG! 


Fuhhh. 
Pokoknya disini, Osteoporosis tidak memilih umur. Tua atau muda, kita mesti sayangi tulang kita. 

Pakar nutrisi menasihatkan saya untuk amalkan pemakanan yang sihat, kurangkan pengambilan caffiene, dan dalam masa yang sama ambil makanan yang kaya dengan kalsium. Selain daripada itu, pengambilan supplement Shaklee juga disarankan, yang utama sekali buat saya ialah Vita Lea Iron Formula, Ostematrix dan juga protein ESP. 

Saya ibu menyusukan anak perlu top up kalsium dalam badan. 
Kamu tahukah air susu ibu mengandungi 40% kandungan kalsium? 

Sini saya mahu kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk kurangkan risiko Osteoporosis. 

1. Bersenam

Ya, bersenam membantu, kenapa? Sebab macam juga otot kita, kita mesti aktifkan otot baru badan cergas. Begitu dengan tulang, ada tekanan atau beban (yang kita boleh kawal), tulang pun kuat. 

2. Cukupi keperluan protein dan kalsium

Protein dan kalsium penting untuk membina tulang yang sihat. Kolagen (juga protein) penting untuk kesihatan sendi dan tulang. 

3. Vitamin D dan K juga penting 

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam badan maka vitamin K membantu protein yang terlibat dalam pembentukan tulang. 

4. Pengambilan Magnesium dan Zinc

Kedua-dua mineral ini juga diperlukan untuk menguatkan tulang. Magnesium merupakan satu lagi komponen penting yang diperlukan oleh kalsium untuk
membantu badan menyerap dan mengangkut nutrien serta membina keupayaan tulang sekaligus mengurangkan kehilangan tulang selaras dengan peningkatan umur anda.
Manakala Zinc pula mengaktifkan enzim dalam tubuh kita. 

5. Amalkan diet sihat

Diet yang seimbang bukan saja membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik, ianya juga membantu untuk mengekalkan kalsium dalam badan. 

TIPS TULANG KUAT DAN SIHAT



Baiklah, saya harap tips ini membantu kamu dan semestinya diri saya sendiri.

Bagi kamu yang terlepas Bone Check Up, kamu boleh rujuk jadual dan pergi ke Branch Shaklee berdekatan dengan anda!

Jadual Health Consultation mengikut kawasan anda. 
Apa-apa pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0138110690 atau terus klik bit.ly/WhatsappAgentComelMag atau boleh terus hubungi saya melalui Facebook.

Sayangi tulang anda! 

Comments

  1. Fuhhhhh... Terus saya insaf mo konsisten ambil ostematrix kalsium.. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. Osteoporosis tidak mengenal usia. Kita akan tahu bila kita buat check up begini..orang breastfeed sangat tinggi risikonya.. So better amalkan kalsium, protein, multimineral...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts