Potty Train 3 Hari

Bebas Lampin

Bagaimana potty train anak selama 3 hari? Terus terang saya katakan ini bukam perkara yang senang, semua ibu perlukan hati yang kental dan sabar. Jangan marah-marah, kita dulu pun pernah potty train waktu budak-budak. 

Saya kongsikan cara saya melatih anak saya menggunakan potty atau tandas. 

Potty Train 3 Hari
Tiada yang mustahil, hanya perlukan hati yang kental dan semangat waja yang tinggi. Hehehe. 

Ini adalah yang terbaik bagi saya, biarkan anak bogel dari paras pinggang hingga ke bawah. Bila komando stail begini, lagi cepat untuk bawah anak ke potty atau tandas. 

Masa untuk ke tandas lagi cepat dan kaedah ini melatih anak merasa keadaan tanpa pampers / lampin. 

Banyak potty, boleh letakkan di sekitar atau ruang bermain anak. 

Okay, ini salah satu sebab kenapa mak mak hilang sabar, sebab anak terkucil, perkara ini sering terjadi kerana anak masih belajar untuk mengawal pundi kencing mereka. 

Ini pula, kalau anak sudah pandai bercakap maka tambah senang kerja para ibu. Bagi anak saya pula, pada umur 2 tahun belum ada perkataan yang jelas keluar dari mulutnya. Jadi cara saya, saya buat perkataan mudah untuk dia untuk signal sekiranya mahu menggunakan tandas. 

Since anak masih belajar mengawal pundi kencing mereka, seeloknya kita baca gerik geri mereka, biasanya anak akan kepit kaki untuk buang air kecil dan menyorok kalau mahu buang air besar, apapun, setiap anak berbeza caranya. 

Mungkin bagi kamu lucu, tapi kamu perlu buat demontrasi macam mana pakai tandas. Monkey see, monkey do. Hehe. 

Anak-anak suka akan reward mahupun pujian, bila mereka dapat guna potty dengan baik dan betul, maka bagilah kata pujian supaya mereka lagi gembira. 

Practice, practice, practice.

Semoga berjaya!

Sekarang ini, anak saya tidak lagi pakai pampers, jimat! Keluar rumah kami akan bawa potty dan letakkan dalam kereta, just in case dia tidak dapat tahan untuk pergi ke tandas awam, kalau kami jalan ke shopping mall pula, anak saya pandai beritahu bila dia mahu guna tandas. 

Setiap anak berbeza, bagi mereka (termasuklah saya) yang akan melatih anak seterusnya untuk potty train, jangan pernah bandingkan dengan abang atau kakak mereka.

Konsepnya masih sama, sabar dan jangan pernah putus asa untuk melatih anak. 

Cheers! 


WAJIB BACA - LELAKI GAGAH DAN PRODUKTIF

Comments

Post a Comment

Popular Posts