Apa Itu Vitamin?

Tidak cukup vitamin? 

Pernah dengar orang cakap kita tidak cukup vitamin? Vitamin merupakan sejenis elemen mikro nutrien yang kita perlu dalam kuantiti yang tertentu untuk tubuh badan kita bagi menjalankan fungsi badan secara normal.

Sumber vitamin boleh didapati melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti hati, daging, bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran.
Sumber makanan yang kaya dengan vitamin. 
Selain daripada makanan, vitamin juga boleh diambil dari bentuk tablet, pil ataupun kapsul bagi memenuhi keperluan seharian setiap individu. Terdapat banyak produk di pasaran yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk. 

Fungsi vitamin

Secara keseluruhan, vitamin bekerja untuk membantu enzim agar dapat menjalankan tindak balas kimia tertentu dalam tubuh badan. Pengambilan vitamin dapat membantu menyokong kesihatan kulit, mata, gigi dan tulang. 

Vitamin perlu diambil untuk mengurangkan risiko penyakit tertentu. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan penyakit seperti skurvi (kesan daripada kurang vitamin C), riket (kesan daripada kurang vitamin D) dan sebagainya. 

Vitamin boleh dibahagikan kepada dua jenis, vitamin larut air yang terdiri daripada vitamin Bs dan C manakala vitamin larut lemak, vitamin, A, D, E, K. 

Keperluan dos vitamin yang diambil adalah berbeza bagi setiap individu bergantung pada jantina, umur serta keadaan individu (masalah kesihatan, hamil atau menyusukan anak). 

Sebagai contoh, saya yang mengalami masalah tulang iaitu osteoporosis perlu mengambil vitamin D lebih tinggi bagi membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang serta menguatkan tulang.

Wanita hamil pula memerlukan dos folik asid bagi mengelak neural tube defect, iaitu kecacatan pada tulang belakang dan sistem saraf pada bayi dalam kandungan. 

Peringatan

Bila kamu makan vitamin, pastikan membaca label pada produk supplement. Sekiranya kamu ada penyakit dan ada rawatan susulan di hospital, pastikan dapat nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan vitamin. 

Masih mencari supplement yang selamat, berkesan dan terbukti? Shaklee merupakan jenama supplement yang sudah melebihi 60 tahun dan peneraju syarikat nutrisi semula jadi di Amerika Syarikat dengan sejarah yang bermula dari 1915

Shaklee mengutamakan kesihatan. 

Untuk kenali supplement dan produk Shaklee, boleh ke laman web rasmi Shaklee atau terus hubungi saya di Facebook atau Whatsapp di talian 013 811 0690

Cheers! 
Ibu Muda Pengamal Shaklee dari zaman Bujang lagi

Comments

  1. Tq infonya sis😘😘😘

    ReplyDelete
  2. Wahhh!..Info yg sgt bagus..SHAKLEE mmg supplment yg terbaik untuk mnambah vitamin dlm bdn

    ReplyDelete
  3. Vitamin penting dlm kehidupan seharian tapi bijaklah memilih yg terbaik. 😊

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang Vitamin dah merupakan keperluan harian sebab dari pemakanan mimang tidak cukup utk nutrisi tubuh badan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts